Soalan:
Bolehkah saya mengucapkan “Selamat Hari Natal” kepada rakan saya yang
beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan
tersebut?
Nur Suliani, Sandakan, Sabah.
Jawaban:
Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah.
Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki
anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim
mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat
menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri
perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak
Allah.
Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya:
“Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.” [Surah al-Maidah, ayat 2] Justeru kita sepatutnya
bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan
bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar
Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama
mereka.
Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana
persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan
agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang
bertentang dengan agama mereka.
Sumber :
MyIbrah